SAUDARA PENGARANG, BERMULA tahun ini, penilaian murid tidak lagi memfokuskan kepada kecemerlangan akademik sahaja sebaliknya secara holistik. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) hanya satu daripada empat komponen Pelaporan Pentaksiran Sekolah Rendah (PPSR). UPSR menjadi kayu ukur kejayaan akademik yang menentukan layak atau tidak seseorang murid memasuki sekolah terbaik di Malaysia seperti sekolah berasrama penuh dan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Sudah tentu ini sedikit sebanyak memberi tekanan kepada murid…









