IPOH 14 Sept. – Atlet angkat berat Selangor, Mohd. Yusoff Nandong menjadi atlet pertama berjaya memecahkan dua rekod temasya selepas tujuh hari Sukan Malaysia (Sukma) 2018 berlangsung. Yusoff memecahkan rekod Sukma selepas dia memenangi emas dalam acara snatch kategori 56kg selepas melakukan angkatan 116kg mengatasi rekod lama iaitu 115kg yang dilakukan Mohd. Shafiq Ismail pada Sukma 2010. Rekod kedua yang dilakukannya adalah acara clean & jerk kategori 56kg setelah membuat…










