Azeez, abang, sepupu direman - Utusan Malaysia

Azeez, abang, sepupu direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Ahli Parlimen Baling yang juga bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan dua lagi individu direman empat hari di Mahkamah Majistret di sini semalam bagi membantu siasatan berhubung pelbagai kes rasuah termasuk membabitkan kontrak Tabung Haji (TH).

Dua lagi individu tersebut ialah abang kepada Abdul Azeez iaitu Abdul Latiff, 60, serta sepupu mereka iaitu Nazri Osman, 36.

Nazri merupakan pengarah sebuah syarikat manakala Abdul Latiff ialah pengurus besar sebuah syarikat

Memuatkan artikel berkaitan…

Perintah reman lima hari bermula semalam hingga 29 September ini dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini