Astro selesai isu siaran langsung Liga Juara-juara - Utusan Malaysia

Astro selesai isu siaran langsung Liga Juara-juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Sept. – Astro menamatkan teka-teki mengenai siaran langsung bola sepak Liga Juara-juara Eropah (UEFA) apabila sah akan menyiarkannya menerusi saluran televisyen berbayarnya.

Berita baik siaran eksklusif buat peminat bola sepak di tanah air itu diumumkan oleh Ketua Sukan Astro, Lee Choong Khay dalam portal berita astroawani.com sebentar tadi.

“Peminat juga boleh menontonnya menerusi aplikasi gajet selain TV, Astro Go,” katanya dalam kenyataan itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Peminat bola sepak sebelum itu meluahkan kekecewaan menerusi media sosial terhadap stesen TV berbayar itu yang mereka dakwa gagal mendapatkan hak siaran Liga Juara-juara UEFA musim ini.

Antaranya meluahkan rasa kecewa dengan kegagalan itu sedangkan mereka telah membayar yuran langganan Astro yang agak mahal pada setiap bulan.

Astro bagaimanapun menjelaskan isu itu sedang diatasi dan mereka sedang berbincang dengan pihak berkaitan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini