Aspek kebajikan keutamaan Kementerian Kerja Raya pada bajet 2019 - Utusan Malaysia

Aspek kebajikan keutamaan Kementerian Kerja Raya pada bajet 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Aspek kebajikan rakyat menjadi keutamaan Kementerian Kerja Raya pada permohonan Bajet 2019 yang akan dibentangkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada November depan. 

Timbalan Menterinya, Mohd. Anuar Mohd. Tahir berkata, keutamaan tidak lagi melibatkan projek mega yang tidak mendesak, sebaliknya diberikan kepada projek yang memanfaatkan rakyat negara ini.  

“Ada beberapa tempat yang memerlukan lampu isyarat, pelebaran jalan dan penambahbaikan jalan raya atau membina jejantas kerana kesesakan teruk atau kawasan itu lokasi utama kemalangan berlaku. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Daripada berbelanja bilion ringgit untuk projek mega, mengapa tidak kita belanjakan jumlah yang sama untuk projek rakyat bagi mengurangkan risiko kemalangan,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan lawatan kerja di sekitar daerah ini hari ini. 

Mohd Anuar menambah selain infrastruktur, keutamaan juga diberikan kepada pelaksanaan menaiktaraf sekolah uzur di pedalaman dan hospital yang memerlukan kerja penambahbaikan bagi kemudahan rakyat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini