NEW YORK 28 Sept. – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mendesak Amerika Syarikat (AS) menarik balik pengiktirafan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel dan menyelar tindakan negara itu yang memotong bantuan kepada penduduk Palestin. Mahmoud menyifatkan kesemua tindakan tersebut sebagai memperlekehkan usaha damai antara Palestin dengan Israel, selain Baitulmuqaddis bukan ‘untuk dijual’. “Saya mendesak agar Presiden AS, Donald Trump menarik balik pengiktirafan terhadap Baitulmuqaddis dan meneliti semula keputusan mengenai bantuan kepada pelarian…










