MUNICH, Jerman 7 Sept. – Juara dunia, Perancis wajar berterima kasih kepada penjaga gol ketiga mereka, Alphonse Areola yang menjadi penyelamat maruah pemenang Piala Dunia 2018 itu untuk menamatkan perlawanan Liga Negara-Negara UEFA dengan keputusan 0-0 ketika menentang Jerman, awal pagi tadi. Itu juga adalah perlawanan pertama Perancis selepas menamatkan kempen Piala Dunia di Rusia. Dalam perlawanan tersebut, Jerman menunjukkan kekuatan sebenar mereka kepada Perancis selepas aksi hambar di Rusia…










