KUALA LUMPUR 21 Sept.- Seorang lagi mangsa kes meminum arak mengandungi metanol di ibu negara dilaporkan meninggal dunia sehingga pukul 1 petang tadi. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, ini menjadikan jumlah kematian kes tersebut di ibu negara sebanyak lima individu. “Jumlah keseluruhan mangsa kes tersebut adalah tujuh orang iaitu masing-masing tiga warga tempatan dan Myanmar serta seorang warga India manakala dua lagi mangsa masih menerima rawatan,”…










