Anwar bertanding: MB Selangor juga tidak tahu ada perbincangan - Utusan Malaysia

Anwar bertanding: MB Selangor juga tidak tahu ada perbincangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Sept. – Keputusan PKR mengosongkan kerusi Port Dickson bagi memberikan laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding tanpa dibincangkan dengan kesemua pucuk pimpinan parti terus menjadi polemik.

Terbaharu, Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari memberitahu beliau tidak tahu apakah perkara tersebut dibincangkan dalam Mesyuarat Biro Politik atau tidak kerana hanya dimaklumkan secara tidak rasmi.

“Biasanya isu berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diibincangkan dalam mesyuarat tetapi saya tidak dapat menghadirinya kerana terdapat urusan di Lumut, Perak.

“Oleh demikian, tidak tahu sama ada pernah dibincangkan atau tidak perkara ini,” katanya yang diketahui rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN