PUTRAJAYA 19 Sept. – Bekas Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Kimanis dan ahli UMNO berkuatkuasa serta-merta. Surat peletakan jawatan beliau telah diserahkan kepada Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini. Peletakan jawatan tersebut dipercayai diambil bagi membolehkan beliau menunaikan janji-janjinya kepada rakyat Sabah dalam memperjuangkan tuntutan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Semasa kempen Pilihan Raya Umum ke-14…










