Angkasa serah sumbangan zakat kepada MAIPs - Utusan Malaysia

Angkasa serah sumbangan zakat kepada MAIPs

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU 15 Sept. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM25,558,10 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Barakah, Jelempok di sini semalam.

Naib Presiden Angkasa, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa mempersembahkan replika cek zakat berkenaan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs.

Terdahulu, keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor.

Memuatkan artikel berkaitan…

Berangkat sama, anakanda baginda, Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Angkasa negeri, Ismail Hashim dan Pengurus Besar Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Syariah, Azhar Hamzah.

Sementara itu, ketika bertitah pada majlis itu, Tuanku Syed Faizuddin berharap

sebarang program bertujuan untuk membasmi kemiskinan perlulah sama memfokuskan ke arah meningkatkan kapasiti diri dengan menyediakan kemudahan pendidikan, kemahiran dan latihan.

“Pelaksanaan inisiatif seperti ini diharap akan mampu membantu golongan yang memerlukan lebih berdikari dan mampu melonjak keluar daripada kancah kemiskinan suatu hari nanti.

“Beta juga percaya bahawa hanya melalui perancangan yang tersusun dan rapi, usaha membasmi kemiskinan dapat dilaksanakan dengan lebih efektif.

“Pada masa sama, indikator kadar kebergantungan rakyat kepada kerajaan juga diharap dapat dikurangkan dari masa ke semasa selepas ini,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini