ARAU 15 Sept. – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) menyerahkan sumbangan zakat sebanyak RM25,558,10 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dalam satu majlis yang diadakan di Masjid Al-Barakah, Jelempok di sini semalam. Naib Presiden Angkasa, Datuk Che Mohd Shukree Che Isa mempersembahkan replika cek zakat berkenaan kepada Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs. Terdahulu, keberangkatan tiba baginda…











