KUANTAN 3 Sept. – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyalahgunakan wang bukan miliknya pada Mac hingga April lepas. Tertuduh Koperal Hafizan Mohd. Norwawi, 30, yang bertugas sebagai pembantu automotif di Kem Batu 10, di sini membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Aling. Mengikut kertas pertuduhan, Hafizan pada 24 Mac hingga 22 April lepas bertempat di…










