KUALA LUMPUR 4 Sept. – Pengalaman hampir 10 tahun berkhidmat dengan syarikat gergasi, Yahoo Inc. (Yahoo) sebagai Ketua Arkitek Teknologi merupakan kejayaan yang cukup membanggakan negara yang dilakar oleh seorang anak Melayu. Dr. Ariffin Yahaya, 53, merupakan satu-satunya warganegara Malaysia yang pernah memegang jawatan terpenting itu di Ibu Pejabat Yahoo, Sunnyvale, California. Dalam seminarnya yang berlangsung di Menara Berkembar Petronas di sini hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah nama besar…










