SUKAR untuk mentafsir gejolak emosi yang kini ligat berkocak dalam jiwa penyanyi Amelina, Noryn Aziz dan Safura Yaacob. Tentulah, selepas disenaraikan sebagai antara peserta program nyanyian popular Gegar Vaganza musim kelima (GV5), banyak yang perlu difikirkan oleh ketiga-tiga penghibur berbeza lapangan muzik itu. Selain persediaan vokal yang sudah pasti menjadi fokus utama, mereka juga perlu menitik beratkan soal hala tuju dan matlamat seni selepas GV5 melabuhkan tirai kelak. Bercakap mengenai…










