SIBU – Sebuah ambulans dari Hospital Mukah yang dalam perjalanan menghantar seorang pesakit ke Hospital Sibu terbabit dalam kemalangan di Kilometer 9.6 Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini kira-kira pukul 1.59 petang tadi. Akibat kejadian yang berlaku hanya lebih kurang empat kilometer dari Hospital Sibu itu, seorang pesakit dan ibunya serta jururawat yang mengiringi dari Hospital Mukah dilaporkan mengalami kecederaan ringan manakala pemandu ambulans tersebut tidak mengalami kecederaan. Ketiga-tiga mangsa…










