Amanah sedia terima kemasukan pemimpin UMNO - Utusan Malaysia

Amanah sedia terima kemasukan pemimpin UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEMERLOH 22 Sept. – Parti Amanah Negara (Amanah) bersedia menerima pemimpin UMNO termasuk Ahli Parlimen Jeli, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang berhasrat menyertai kerajaan Pakatan Harapan.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, penyertaan pemimpin veteran UMNO yang berpengalaman mentadbir negara dapat memberi nasihat dan peringatan kepada kerajaan bagi memastikan tidak melakukan sebarang kesilapan.

“Kita terima termasuk veteran UMNO untuk sertai kita kerana mereka boleh beri amaran. Mereka tahu macam mana mereka kalah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami tidak tahu Mustapa ke arah mana tetapi kami ucapkan selamat datang dan ‘ahlan wasahlan’ kepada Amanah,” katanya ketika berucap pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Ketiga Parti Amanah Negara (Amanah) di Dewan Tun Razak Temerloh di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Presiden Amanah, Datuk Salahuddin Ayub yang juga Menteri Pertanian; Setiausaha Agung Amanah; Mohd. Anuar Tahir; Naib Presiden Amanah yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa; Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad dan Menteri Kesihatan, Dr. Dzulkefli Ahmad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini