Amanah sambut baik Pas bertanding PRK Port Dickson - Utusan Malaysia

Amanah sambut baik Pas bertanding PRK Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Parti Amanah Negara (Amanah) menyambut baik keputusan Pas meletakkan calon bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Port Dickson pada 13 Oktober depan.

Naib Presiden Amanah, Hasan Baharom berkata, ia merupakan satu perkara yang sihat dalam politik dan menghidupkan sistem demokrasi di Malaysia.

“Itu hak mereka (bertanding). Kita menyambut baik dan mengalu-alukan kehadiran mana-mana parti yang ingin bertanding. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kita percaya ia tidak menggugat kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim, malah mereka bukan saingan yang sesuai untuk seorang ahli politik yang hebat,” katanya pada sidang akhbar sempena majlis Perasmian Pelancaran Bilik Operasi Amanah bagi PRK Parlimen Port Dickson dekat sini hari ini.

Sementara itu, Hasan berkata, tindakan penyandang kerusi Parlimen Port Dickson, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu untuk memberi laluan kepada Anwar bertanding PRK adalah perkara biasa dalam politik dan tidak menyalahi undang-undang.

Beliau seterusnya berkata, Barisan Nasional (BN) tidak bertanding dalam PRK kali ini kerana telah membuat kajian tidak berupaya untuk menandingi Anwar.

“Mereka (BN) tahu Anwar yang juga Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan calang-calang ahli politik dan mereka sedar potensi untuk menang amat rendah dengan ketiadaan calon yang sesuai,” katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta pihak media berlaku adil dalam memberi liputan kepada kerajaan dan pembangkang bagi membuktikan sistem demokrasi diamalkan dengan baik di negara ini. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini