PUTRAJAYA – Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia Bhd., Al-Ishsal Ishak dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang baharu, untuk tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Oktober ini. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo dalam kenyataan hari ini berkata, Al-Ishsal merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia dan biasiswa Japan Airlines di Sophia University, Tokyo. Selepas tamat pengajian, beliau menceburi bidang keusahawanan…









