Al-Ishsal dilantik terajui SKMM - Utusan Malaysia

Al-Ishsal dilantik terajui SKMM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Sept. – Kementerian Komunikasi dan Multimedia meng­u­mumkan pelantikan Al-Ishsal Ishak sebagai Pengerusi Suruhanjaya Ko­munikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang baharu untuk tempoh dua tahun berkuat kuasa 1 Oktober ini.

AL-ISHSAL ISHAK

Menteri Komunikasi dan Mul­timedia, Gobind Singh Deo berkata, Al-Ishsal me­­rupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Ke­pujian) dari Universiti Sains Ma­laysia dan juga pemegang biasiswa Japan Airlines di Sop­hia University, Tokyo.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, selepas tamat pengajian, beliau menceburi bi­­­dang keusahawanan dalam arena digital dari tahun 1994 sehingga 2008.

“Beliau kemudiannya men­­ja­­di Ketua Pegawai Digital Mc­Cann Ericsson Worldgroup, Ke­tua Pegawai Eksekutif Ba­ra­ka Tele­com, Naib Presiden Kanan, Pemasaran dan Produk di Syarikat Penerbangan Ma­laysia Berhad, Ketua Kum­pu­lan Ancilliary AirAsia dan ke­mudiannya memegang pel­bagai jawatan pegawai kanan di Tune Group.

“Beliau juga merupakan Pe­ngarah Urusan Asia Tenggara ECO Capacity Exchange Ltd. (Lon­don) serta pelatih dan pe­­runding untuk Kumpulan Airbus sebelum menyertai Pos Malaysia Berhad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Al-Ishsal juga pernah ber­khid­­mat di Perbadanan Eko­no­mi Digital Malaysia dan me­­­rupakan bekas ahli Maj­lis Teknologi Mak­lumat Kebang­saan (NITC).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini