KUALA LUMPUR 27 Sept. – Sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang berlangsung selama tiga hari bermula esok, Kumpulan Utusan akan menyajikan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung di Bilik Pulau Pinang, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini. Antara aktiviti yang bakal mendapat sambutan hebat ialah Studio Penghias Wajah dan cenderamata cetakan foto pada cawan yang mana pengunjung berpeluang mengabadikan potret peribadi atau berkumpulan menjadi penghias kulit akhbar, majalah dan cawan keluaran Kumpulan Utusan. Selain itu, pengunjung turut ditawarkan pakej cenderamata terdiri daripada tudung Hijab Fesyen dan minyak wangi URTV…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya