BANGI – Akta Profesion Kesihatan Bersekutu 2016 (Akta 774) akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan bertujuan menguatkuasakan pendaftaran dan mengawal selia amalan profesion kesihatan di negara ini, kata Menteri Kesihatan, Dzukefly Ahmad. Beliau berkata, Akta 774 yang diluluskan pada 4 Februari 2016 adalah ukuran bagi menjamin kualiti perkhidmatan dalam kalangan pengamal kesihatan dalam menyediakan kualiti penjagaan yang terbaik dan lestari untuk rakyat. Katanya, terdapat 23 kategori profesion sains kesihatan bersekutu di bawah Kementerian Kesihatan yang merangkumi tiga teras utama iaitu klinikal, kesihatan dan perkhidmatan makmal umum. “Sistem Kesihatan di Malaysia semakin penting…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya