KUALA LUMPUR 23 Sept.- Menyedari berat badannya yang sedikit berisi, penyanyi Aizat Amdan kini kembali mengamalkan pemakanan yang lebih sihat dan seimbang. Penyanyi lagu Hari-Hariku itu akui faktor sukar mengawal selera pemakanan menjadi penyebab beratnya naik mendadak kepada 88 kilogram (kg). “Beberapa tahun lalu saya pernah berdepan dengan berat badan berlebihan hingga mencecah 113 kg tetapi saya berusaha untuk turunkan berat sampai 78 kg. “Tahun ini saya sendiri sedar perubahan…