KUALA LUMPUR – Bapa penyanyi Aiman Tino, Yusry Ishak memberitahu, anaknya itu mengalami radang usus dan masih menerima rawatan di sebuah pusat perubatan swasta di Rawang, Selangor sejak petang kelmarin. Menurut Yusry, 49, keadaan Aiman bagaimanapun stabil dan doktor bertugas sudah melakukan pemeriksaan lanjut dengan memasukkan kamera ke dalam abdomennya untuk mengetahui lebih terperinci tentang penyakit yang dialami. “Sekarang tunggu keputusan daripada makmal. Petang nanti (semalam), Aiman membuat imbasan ultrasound…










