KUALA NERUS 15 Sept. – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi melakar langkahan sejarah baharu hubungan dua parti Melayu Islam terbesar apabila menghadiri Muktamar Tahunan Pas Pusat di sini pagi ini. Beliau yang merupakan tetamu jemputan khas tiba kira-kira pukul 8.30 pagi dengan disambut Ahli Jawatankuasa Kerja Pas, Datuk Dr. Khairuddin Aman Razali bersama Ketua Penerangan Pas, Nasrudin Hassan dan Ketua Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi.…











