Ahli UMNO kena ada 'mind set' pembangkang - Utusan Malaysia

Ahli UMNO kena ada ‘mind set’ pembangkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli UMNO kini perlu bergerak sebagai pembangkang dan membina penetapan minda sebagai pembangkang.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berkata, mereka tidak perlu bersungguh-sungguh untuk menawarkan khidmat kerana itu adalah kerja kerajaan dan bukan kerja pembangkang.

“Banyak khidmat yang kita buat dulu, sudah jadi tanggungjawab kerajaan sekarang. Manfaatkan kuasa jari-jemari kita untuk menyerang dan mengkritik dasar-dasar kerajaan hari ini yang merugikan orang Melayu, wanita muda dan Bumiputera.

“Kita kena kikis perasaan manja, kalau kita boleh survive semua ini, kita akan jadi kumpulan yang kuat. Dulu pembangkang survive, kenapa kita tidak,” katanya dalam ucapan penggulungannya pada Persidangan Pergerakan Puteri UMNO di sini, hari ini.

Zahida turut menegaskan Puteri UMNO perlu bangkit lebih agresif sesuai dengan keperluan dan pemikiran kurun ke-21 dan memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati wanita muda. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN