TAMPIN 20 Sept. – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meminta ahli parti itu supaya menolak calon yang menyerang isu peribadi lawan dalam pemilihan parti tersebut. Menurut beliau, perbuatan seumpama itu boleh mengundang perpecahan dan merosakkan imej parti berkenaan. “Sepatutnya kita menjaga etika dan mengangkat martabat parti bukannya menyerang isu peribadi seseorang. Orang seperti ini perlu ditolak dalam pemilihan parti akan datang. “Calon yang bertanding jangan khianati parti…










