Ahli Kelab Bahasa Mandarin UiTM kongsi pengetahuan - Utusan Malaysia

Ahli Kelab Bahasa Mandarin UiTM kongsi pengetahuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MERBOK 18 Sept. – Kira-kira 10 ahli Kelab Bahasa Mandarin Universiti Teknologi Malaysia (UiTM) Kedah baru-baru ini berkongsi pengetahuan dimiliki bersama pelajar Sekolah Phatnawitya di Yala, Thailand menerusi program ‘Love and Respect 2018: Malaysia – Thailand Cross Border Learning & Sharing Skills’.

Pengarah program, Nur Izzati Mohamad Idris berkata, pihaknya melakukan pelbagai aktiviti membabitkan penglibatan hampir 200 pelajar di sekolah berkenaan yang mana bertujuan untuk menggalak ahli kelab memberi khidmat kepada masyarakat.

“Melalui program sebegini dapat memberi peluang kepada mahasiswa di UiTM Kedah mempraktikkan kemahiran akademik dan bukan akademik di luar waktu kuliah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Secara tidak langsung dapat memberi ruang kepada mahasiswa khususnya ahli kelab untuk memperluaskan penggunaan Bahasa Mandarin kepada pelajar Sekolah Phatnawitya,” katanya di sini baru-baru ini.

Program yang berlangsung selama tiga hari yang mendapat kerjasama daripada Persatuan Persatuan Kebudayaan Cina Malaysia itu turut disertai dua penasihat kelab berkenaan iaitu Dr. Nor Azrina Mohd. Yusof dan Lee Chai Chuen.

Menurut Nur Izzati, antara aktiviti permindahan pengetahuan yang dijalankan antaranya berkongsi kemahiran menaip, keusahawanan, mengajar Bahasa Mandarin serta memperke­nalkan budaya Cina dengan membuat bunga menggunakan angpau.

“Penganjuran program ini memberi pendedahan baru kepada kami dan memberi keyakinan kepada mahasiswa untuk berkomunikasi dengan masyarakat,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini