Agong berangkat ke Majlis Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari ATM - Utusan Malaysia

Agong berangkat ke Majlis Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari ATM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V berkenan berangkat ke Majlis Khutbah Khas Solat Jumaat sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke-85 di Masjid Khalid Al-Walid, Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak di sini.

Keberangkatan tiba Seri Paduka disambut oleh Pemangku Panglima Angkatan Tentera yang juga Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang; Pang­lima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Ketua Staf Markas ATM, Leftenan Jeneral Datuk Abu Muslim Ismail.

Yang turut hadir, bekas-bekas Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhid­matan, pegawai-pegawai ka­nan ATM dan Kementerian Pertahanan serta 3,000 pegawai daripada ketiga-tiga perkhidmatan yang bertugas di sekitar Lembah Klang.

Seri Paduka dan 6,000 jemaah yang lain kemudiannya mendengar khutbah khas bertajuk ATM Benteng Kesucian Agama dan Kedaulatan Negara yang disampaikan Ketua Pengarah Kor Agama ATM, Mejar Jeneral Datuk Kamarudin Mamat.

Selepas itu, baginda bersama-sama jemaah menunaikan solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam Masjid Khalid Al-Walid, Mejar Mohd. Nizam Termizi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN