SHAH ALAM – Kerajaan Selangor akan mengagihkan semula peruntukan berjumlah RM200, 000 kepada setiap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang sebelum ini pernah ditolak mereka. Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari berkata, peruntukan itu merupakan polisi kerajaan negeri dan pengagihan itu adalah untuk memastikan mereka dapat melaksanakan program rakyat kepada penduduk setempat. “Sebelum ini, kita adalah negeri pertama yang memberikan peruntukan itu yang saya rasa paling tinggi, sejumlah…










