ALOR SETAR 3 Sept. – Bekas Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Abd. Rahim Jaafar dilantik sebagai Ketua Polis Kedah baharu berkuat kuasa hari ini. Abd. Rahim yang berasal dari Pekan, Pahang itu menggantikan Datuk Zainal Abidin Kasim yang ditugaskan sebagai Timbalan Pengarah Gerakan/Pasukan Gerakan Am di Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman. Majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dewan Tan Sri Khalid di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu disaksikan Pengarah Jabatan Sumber Strategik dan Teknologi, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya