KUALA LUMPUR 2 Sept. – Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sedang mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang terdapat dalam program-program pemulihan penagih dadah di negara ini. Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata, beliau berazam memulihkan penagih sepenuhnya tetapi cabaran yang lebih besar adalah memastikan mereka tidak kembali menagih. “Bayangkan selama ini kita membelanjakan sebanyak RM32,000 bagi setiap seorang penagih yang menjalani pemulihan di bawah program AADK selama dua atau tiga tahun.…










