MELAKA – Sebanyak 90 peratus daripada jumlah kes jangkitan HIV/AIDS dalam tempoh 2009 hingga tahun lepas di negara ini adalah akibat kegiatan seks tidak selamat, berbanding 10 peratus akibat suntikan penagihan dadah. Ketua Sektor HIV/STI dan Hepatitis C, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan, Dr. Anita Suleiman berkata, daripada peratusan jangkitan akibat seks tidak selamat itu pula, kira-kira 50 peratus adalah daripada golongan homoseksual dan 40 peratus heteroseksual. Beliau berkata trend…









