JOHOR BAHRU 28 Sept. – Seramai 8,320 anggota dan 841 aset Angkatan Pertahanan Awam (APM) diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi musim tengkujuh bermula November ini hingga Mac tahun depan. Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi APM, TPj. (PA) Roslan Wahab berkata, pihaknya sudah membuat persediaan bagi menghadapi banjir berikutan fenomena monsun timur laut itu termasuk latihan pengurusan banjir dan kursus pusat pemindahan. “Kita akan menempatkan aset-aset sedia ada dan baharu…










