6 premis diserbu jual alat ganti kereta tiruan - Utusan Malaysia

6 premis diserbu jual alat ganti kereta tiruan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 14 Sept. – Pejabat Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (PPDNHEP) negeri hari ini menyerbu tiga premis dipercayai menjual alat ganti kereta tiruan di sekitar kawasan perindustrian Puchong Utama di sini semalam.

Dalam serbuan yang dilakukan kira-kira pukul 12 tengah hari itu berjaya merampas pelbagai alat ganti tiruan seperti penapis minyak pelbagai jenama bernilai RM5,126.

Ketua Pegawai Penguatkuasanya, Azman Adam berkata, hasil risikan pihaknya mendapati premis tersebut telah menjalankan kegiatan menjual alat ganti tiruan sejak tiga tahun lalu.

“Serbuan terhadap tiga premis ini berjaya menyita pelbagai alat ganti tiruan bernilai RM5,126 jenama kereta mewah seperti BMW dan Mercedes Benz.

“Selain itu, serbuan di tiga lagi lokasi di Kuala Lumpur yang menjalankan kegiatan sama ditumpaskan dan barangan tiruan dirampas dianggarkan bernilai RM4,439,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 (2) Akta Perihal Dagangan 2011.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN