6 pegawai Imigresen direman - Utusan Malaysia

6 pegawai Imigresen direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Enam pegawai Imigresen yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam direman selama empat hari bermula hari ini hingga Selasa depan.

Turut direman ialah dua wa­nita iaitu seorang warga Vietnam dan seorang ahli perniagaan wanita warga tempatan dari Kelantan berusia 49 tahun.

Peguam bela kepada enam pegawai Imigresen terbabit, Mohamad Zahid Ahmad berkata, perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pegawai penyiasat meminta kesemua mereka direman selama seminggu tetapi mahkamah hanya membenarkan reman selama empat hari sahaja.

“Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Ra­suah Malaysia (SPRM) 2009,” katanya ketika ditemui di IPD Dang Wangi di sini hari ini.

Semalam, SPRM menahan enam pegawai Jabatan Imigre­sen berusia 27 hingga 36 tahun kerana disyaki bersubahat de­ngan sindiket untuk melepaskan individu disenarai hitam ke luar dan memasuki negara ini.

Menurut sumber, kesemua suspek ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) antara pukul 8.16 hingga 9.10 pagi.




Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini