SHAH ALAM 25 Sept. – Polis Selangor telah menahan lima lagi individu terdiri daripada peniaga bagi membantu siasatan berhubung kes keracunan arak menerusi Ops Methanol. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, sehingga semalam, secara keseluruhannya seramai 15 individu berusia lingkungan 20an hingga 50an ditahan membabitkan 17 serbuan. “Mereka yang ditahan di ialah di Shah Alam (5); Gombak (3); Klang Selatan (3); Sungai Buloh dan Kajang masing-masing dua individu. Kesemua…










