PUTRAJAYA 14 Sept. – Seramai 440,743 calon bagi Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) akan mula menduduki peperiksaan tersebut pada 20 sehingga 27 September ini. Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan berkata, dalam tempoh itu seramai 54,253 petugas peperiksaan yang dilantik akan membantu memastikan UPSR berjalan lancar di semua 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara. “Daripada 440,743 calon itu, seramai 430,031 orang merupakan calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, manakala seramai 10,712…











