KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jawatankuasa khas Kementerian Wilayah mengesyorkan sebanyak 43 daripada 97 transaksi penjualan tanah yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu diteruskan. Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad berkata, jumlah itu tidak termasuk 10 transaksi yang dibatalkan, 23 transaksi yang ditangguhkan kerana masih dalam peringkat rundingan, 20 transaksi yang telah dipindah milik dan satu yang sedang dalam proses perundangan di mahkamah. Menurut Khalid, jawatankuasa yang ditubuhkan pada 31 Julai lalu…










