KUALA LUMPUR 28 Sept. – Sebanyak 43 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam Op Kutip yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen di tujuh lokasi sekitar kawasan Sungai Buloh, dekat sini semalam. Operasi yang bermula pada pukul 6.30 petang dan berakhir tengah malam itu dijalankan oleh 21 pegawai dan anggota imigresen berikutan mendapat rungutan daripada netizen yang mendakwa terdapat lambakan warga asing di kawasan berkenaan. Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi…









