PETALING JAYA 24 Sept. – Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dengan kerjasama Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) menganugerahkan sijil graduasi kepada 41 peserta Program Penambahbaikan Produktiviti melalui Sistem Pengurusan Lean. Ketua Pengarah MPC, Datuk Razali Hussain berkata, program berkenaan bermula pada Januari 2017 sehingga penghujung September tahun ini terdiri daripada tiga fasa iaitu pengetahuan asas, aplikasi modul dan latihan lapangan. Menurut beliau, para peserta didedahkan dengan modul yang telah ditambahbaik dan…









