38,500 penduduk tinggalkan Idlib dalam tempoh dua minggu - Utusan Malaysia

38,500 penduduk tinggalkan Idlib dalam tempoh dua minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GENEVA 13 Sept. – Pertempuran dan keganasan di wilayah Idlib menyebabkan lebih 38,500 penduduk terpaksa berpindah dalam tempoh dua minggu, lapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Badan dunia itu yang telah memberi amaran serangan besar-besaran terhadap wilayah berkenaan akan mencipta `malapetaka kemanusiaan paling buruk’ bagaimanapun telah pun mewujudkan pelan untuk menghadapi situasi itu.

Pelan berkenaan bagi membantu 900,000 penduduk untuk keluar daripada kawasan terbabit dan pemindahan besar-besaran kini sedang berlangsung.

Dalam tempoh 12 hari bulan ini, maklumat yang diterima mendapati pertempuran sengit terus berlaku dan kebimbangan ia merebak telah menyebabkan seramai 38,500 penduduk berpindah.

Jumlah itu menunjukkan pertambahan hampir 10,000 daripada angka yang diperoleh PBB pada Isnin lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN