36 artis veteran berkumpul di Kuala Terengganu - Utusan Malaysia

36 artis veteran berkumpul di Kuala Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 27 Sept. – Seramai 36 artis veteran tanah air, terdiri daripada penyanyi, dramatis dan pelakon filem akan menyertai Kembara Budaya ke Terengganu mulai esok hingga Sabtu ini yang memberi ruang kepada para peminat bertemu dengan mereka.

Program anjuran Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) ini antara lain bertujuan mendekatkan diri dengan komuniti setempat di samping menjayakan aktiviti amal golongan tersebut.

Antara artis yang menyertai program ini ialah pelakon filem box office ‘Hantu Kak Limah’, Delimawati Ismail, Wan Maimunah Aziz, Fetty Dzul dan Norlia Ghani serta penyanyi popular tahun 1980-an, Ayati Tasrip dan Aida Abdul.

Memuatkan artikel berkaitan…

Turut menyertai rombongan yang diketuai Presiden PKAVM, Rahim Jailani ialah pelakon filem ‘Bintang Malam’, Shaharuddin Thambi, dramatis Razak Ahmad, Mior Ahmad Zaudi, Maria Kamal, Amran Nasrudin dan Mubarak

Majid.

Lain-lain ialah penyanyi 60a-an, Afidah Es, Rahim Omar, S.Mariam dan S.Rohani dan Zalifah Ibrahim serta penulis skrip Anuar Idris. Dijangka turut bersama ialah Rashid Jaafar, Megat Shamsuddin, Mohammad Hifni, Elmi Mohd Amin, Zainab Salleh, Rosnita Othman, Halimatussaddiah dan Seri Pahtun.

Sepanjang program, rombongan artis ini akan mengadakan beberapa aktiviti seperti lawatan ke Sekolah Kebangsaan Pagar Besi yang merupakan Sekolah Tranformasi dan Seni Budaya di negeri ini selain lawatan ke Muzium Negeri, Mssjid Kristal, Pasar Payang, Kompleks Noor Arfa Batik di Cendering dan menyusur sungai Terengganu.

Acara kemuncak bagi siri Kembara Budaya PKAVM ialah hadir pada majlis penutup Karnival Pantai Terengganu, di  Pantai Batu Burok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini