3,000 tanah TOL lulus - Utusan Malaysia

3,000 tanah TOL lulus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 25 Sept. – Kerajaan negeri bersetuju untuk meluluskan pemberian hak milik ta­nah 99 tahun kepada lebih 3,000 pemegang lesen pendudukan sementara (TOL) berkuat kuasa serta-merta.

Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu berkata, beliau berharap hadiah daripada kerajaan nege­ri itu dapat memberi manfaat kepada rakyat Perak kerana ada yang telah menetap di tanah TOL berkenaan selama 50 tahun.

Beliau berkata, kelulusan tanah TOL itu kebanyakannya melibatkan daerah bersempadan pantai di kawasan Kerian, Larut Matang, Manjung, Hilir Perak dan Bagan Datuk termasuk kampung-kampung baharu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara ini kita akan buat serta-merta tidak kira apa jua keputusan pucuk kepemim­pinan (Pakatan Harapan), kerajaan Persekutuan dan Majlis Tanah Negara (MTN).

“Sebenarnya banyak lagi kawasan berstatus tanah TOL tetapi saya tidak boleh beri hak milik kepada kawasan seperti rizab jalan dan sungai kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab kepada pemba­ngunan negeri, kita perlu memikirkan masa hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program Bicara Harapan Rakyat Siri 1 Hala Tuju dan Masa Depan Negeri Perak: Keadilan Sosial dan Demokrasi di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Ahmad Faizal berkata, pihaknya akan mengumpul segala pandangan orang ramai dalam siri bicara tersebut sebelum melaksanakan manifesto pemberian hak milik tanah kekal kepada peneroka Felda, kampung tersusun dan kampung baharu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini