SHAH ALAM – Jumlah kematian membabitkan mangsa yang dipercayai keracunan selepas minum pelbagai jenis arak meningkat kepada 29 orang di seluruh negara sehingga semalam. Di Selangor, Ketua Polis negeri, Datuk Mazlan Mansor berkata, angka kematian di negeri ini meningkat kepada 22 orang apabila dua lagi mangsa terbaru maut semalam. “Polis Selangor mencatatkan angka mangsa yang mengalami keracunan akibat minum minuman keras seramai 58 orang dengan 22 sudah meninggal dunia,” kata beliau dalam kenyataan semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya