KOTA BHARU 24 Sept. – Seramai 28,551 calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) negeri ini menduduki peperiksaan itu yang bermula sejak Khamis lalu sehingga 27 September ini. Menurut kenyataan Jabatan Pendidikan negeri, terdapat 446 pusat peperiksaan dibuka di semua daerah melibatkan 2,823 petugas. “Calon-calon meliputi murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) seramai 26,853 orang, Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina 850 orang, SJK Tamil seorang calon, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) 66…










