KUALA LUMPUR 1 Sept. – Seramai 22 graduan sulung Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan diraikan dalam majlis Istiadat Konvokesyen Kolej Universiti Widad Ke-6, hari ini. Kolej Universiti Widad yang beroperasi di Kuantan, Pahang merupakan satu-satunya pusat pengajian swasta di Pantai Timur yang menawarkan jurusan berkenaan. Majlis konvokesyen berkenaan secara keseluruhannya meraikan 227 orang graduan dari lima buah fakulti lain iaitu Fakulti Kejuruteraan, Fakulti Sains Kesihatan Bersepadu, Fakulti Pengurusan dan…