21 penagih dadah diberkas di Seberang Perai Utara - Utusan Malaysia

21 penagih dadah diberkas di Seberang Perai Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Seramai 21 individu disyaki penagih dadah termasuk gelandangan diberkas dalam Ops Tapis yang dijalankan di kawasan Butterworth, Seberang Perai Utara (SPU) di sini malam tadi.

Mereka terdiri 20 lelaki dan seorang wanita itu ditahan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (IPD SPU) dalam operasi  bermula pukul 5 petang semalam.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, operasi tersebut bertujuan mengesan dan menahan penagih dadah serta gelandangan yang disyaki terlibat dengan aktiviti jenayah.

Menurutnya, kesemua mereka yang didapati positif dadah kemudiannya diserahkan kepada pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN