20,000 ahli PKR Johor mengundi - Utusan Malaysia

20,000 ahli PKR Johor mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seramai 20,000 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang layak mengundi di seluruh negeri ini mula memilih pemimpin mereka di 24 cabang seluruh Johor bermula hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Rashid Din berkata, pengundian dijalankan bermula pukul 10 pagi hingga 5 petang yang mana keputusan akan diketahui melalui portal dalam talian parti itu.

“Kita menjangkakan keputusan dapat diketahui pada pukul 6 petang ini dan ia akan dipaparkan di setiap pusat mengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pada masa yang sama, keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dapat diketahui melalui dalam talian iaitu di portal www.pemilihankeadilan2018.com,” katanya.

Pemilihan kali ini menyaksikan ahli parti bakal memilih jawatan MPP iaitu Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pusat, Ketua Wanita pusat dan ahli MPP.

Turut dijalankan ialah pemilihan di peringkat cabang melibatkan Ketua Cabang, Timbalan Ketua Cabang, Naib Ketua Cabang dan 15 ahli jawatankuasa selain Ketua AMK Cabang, Timbalan Ketua AMK Cabang, Naib Ketua AMK Cabang dan 15 ahli jawatankuasa AMK Cabang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini