BATU PAHAT 24 Sept. – Sebanyak 200 gram dadah disyaki jenis heroin ditemukan dalam sebuah kereta yang terlibat kemalangan di Kilometer 103 Jalan Johor Bahru-Melaka berdekatan Kampung Kalong Getah di Senggarang, awal pagi tadi. Dalam nahas pada pukul 3.45 pagi itu, pemandu kenderaan tersebut, Ng Ah Siong, 43, maut di tempat kejadian selepas kereta jenis Toyota Camry dipandunya dipercayai terbabas lalu melanggar pokok yang berada di kiri jalan. Ketua Polis…









